Showing posts with label kuliah. Show all posts
Showing posts with label kuliah. Show all posts

Saturday, November 21, 2009

A description untuk insan bergelar SAHABAT dan TEMAN

Alhamdulillah... Hari ini aku telah menjadualkan diri untuk mengambil benda "maroon" di kedai Boon Sing... Betapa gembira dan happy nya perasaan dalam hati ini, dan hanya Tuhan je yang tahu... Ia merupakan suatu perasaan seperti baru terlepas dari tali gantung... Aku nampak benda "maroon" tuh cam cincin Tiffany, berkilau dan teramat berharga... Sayang sangat-sangat dan tak mahu ia dicemari debu-debu... Benda "maroon", andai kau tahu betapa t'seksanya aku ketika mnyiapkan kau... Betapa gilanya aku ketika terpaksa print berkali-kali... Betapa letihnya aku ketika berulang-alik dari rumah ke Tempat Teknologi... Betapa parahnya poket aku, bila purse semakin menipis... At last, aku dapat gak tengok benda "maroon" ini dengan jayanya...


2 benda "maroon"

Okay... Bukan benda "maroon" ini yang mahu diceritakan, tetapi suatu perkara lain... Perkara yang amat aku rasakan betapa pentingnya dia dalam hidup aku...

Hidup aku diceriakan dengan dua orang sahabat yang amat aku hargai... Tak pernah lagi aku punyai sahabat seperti mereka ini, biarpun kami berbeza jantina... Mungkin kami mempunyai cerita yang sama... Mungkin juga kami amat serasi bila bersama... Semestinya, mereka berdua adalah sahabat aku, orang yang dapat tengok aku menangis dengan natural nya, orang yang dapat aku gunakan bajunya untuk mengesat hingus dan air mata... Terima kasih kerana sentiasa ada di situ untuk aku walaupun kekadang aku agak-agak rabun untuk menge"cam" kamu berdua... Hahaha... Gelak jahat...

Sahabat pertama... a.k.a kawan baik aku... Aku kenal dia ketika semester pertama di Tempat Teknologi... Seorang yang amat misteri tetapi baik hati (walaupun dia selalu cakap dia ni jahat...)... Satu perkara yang aku realized tentang dia adalah dia akan selalu ada kalau aku perlukan khidmat nasihat @ bebelan dia... Seriously, dia akan sentiasa ada... Dia lah orang pertama yang aku akan ajak lepak sekali untuk menghilangkan kebosanan selepas Mr. Cinta... Dan aku banyak ceritakan hal dan masalah aku padanya...

Sahabat kedua... a.k.a Mr. Cinta... Aku rapat dengan dia ketika semester dua... Sangat serasi walaupun sentiasa bertegang urat dan bertikam lidah... Aku selalunya yang akan sentiasa memulakan... Saja, tak best kalau tak bergusti selalu... Kerana ketika itu aku dan dia akan sentiasa bertemu dan secara tak langsung akan mengeratkan silaturrahim kami... Bajettt... Dan satu perkara yang aku realized tentang dia adalah komunikasi kami sangat telus... Apa yang kami tak puas hati, kami akan luahkan dengan transparent nya... Dan itu yang membuatkan hubungan kami bukan sekadar "gewe" tetapi juga sebagai bestfriend...

Berdasarkan description untuk SAHABAT aku, dapat aku concludekan untuk menjadi seorang sahabat wajarnya kita patut selalu dan sentiasa ada untuk dia sepanjang masa (bukan bermaksud kena sentiasa menemani... even single thing kecik pun perlu berteman...), dan sentiasa ada waktu untuk diluangkan bersama... Dan juga seorang sahabat perlulah berkomunikasi dengan telus...(meaning that, not the one yang depan cakap lain and belakang cakap lain...)



And lastly aku juga mahu ceritakan tentang seseorang yang bergelar TEMAN... satu deskripsi yang boleh aku concludekan tentang "TEMAN" itu sendiri adalah seseorang yang "akan sentiasa menemani dan ditemani"... nama pun "TEMAN" kan... so, kalau "salah seorang" tak dapat sentiasa menemani, apakah pula perkataan untuknya??? (walaupun "salah seorang" itu sentiasa ada untuknya, cuma tak dapat menemani selalu je...)

ex-TEMAN-ex-SAHABAT, mungkin dulu kita rapat dan selalu bersama, dan kamu sentiasa menceritakan masalah kepadaku, dan mungkin juga aku selalu menemani dan ditemani dirimu dulu, pernah ku anggap kau sebagai sahabat dan temanku... Namun setelah kuamati kini... Aku tidak lagi mampu untuk sentiasa menemani kamu dan kamu juga sudah tidak tega untuk menceritakan hal kamu kepadaku, dan kamu juga sudah mempunyai seseorang yang lain yang akan sentiasa dapat menemani kamu, dan orang itu bukanlah aku... Kamu juga pernah mengajukan masalahmu kepada seseorang yang lain bahawa kamu sunyi kerana aku sudah ber 'MR CINTA', dan kamu tidak pernah telus mengatakannya kepadaku... Ketahuilah, andainya kamu berada di tempatku, baru kamu tahu betapa seorang sahabat atau teman tidak semestinya selalu perlu berteman... Biarlah cukup rapat dan dekat di hati, itu sudah memadai... Adakah nilai seorang sahabat dan teman itu berdasarkan betapa kerapnya kamu berdua perlu sentiasa bersama??? Cuba dan fahamilah, kamu juga pernah berada ditempatku, dan tidak sedikit pun aku tersinggung dengan sikapmu, kerana aku tahu kamu ketika itu sedang ber'punya'... Tapi mengapa ketika hal itu berlaku padaku, kamu menjauh???


Tuesday, November 3, 2009

That's why la kamu adalah LELAKI...

Hari ini hari Selasa...Dan saya menghabiskan masa melepet di katil yang amat empuk...Seriously, saya memang dah nekad nak start study ILMU OTAK selepas habis paper TABIAT BINATANG tapi kemalasan bermaharajalela dengan lelanya (ape jenis ayat nih??)...So, saya decide nak bangun pagi-pagi pada hari ini...Jam sudah di'set' pukul 6.00 pagi...


Tet...Tet...Tet...


Saya bangun dengan cerianya, dan rupa-rupanya sudah pukul 10.00 pagi...Fine, konon je aku nih...Laptop sudah sedia terbuka, dengan game yang saya 'pause' dari malam tadi...Main kejap...(Kejap konon)...Padahal 4 jam redah main game...









Inilah tabiat saya or maybe kawan-kawan saya juga...Pantang ada benda 'lagha' kat depan mata, pasti tak hengat dunia...And saya wonder kenapalah ada game-game yang amat best dimain ketika ini...And kenapalah saya boleh beli game time-time macam ni...Cam hampeh tul aku nih...<- kerepek tuk diri sendiri...




Okay...stop goreng kerepek...




" Soalan : Kenapakah kamu teramat sensitif atas benda-benda kecik...kenapakah kamu ni ego sangat nak dengar kata-kata wanita kecil ini...?




Jawapan : Sebab kamu adalah lelaki..."




Soalan kat atas bukan nak menunjukkan saya ni seksis ke ape ke...It's just an opinion from random observations...Saya terasa dan amat terasa bila sebarang kenyataan saya disalah ertikan oleh Mr Cinta...Bukan saya mahu condemn kamu dan bukan saya mahu pertikaikan minat kamu...Saya cuma berkata-kata kata-kata yang biasa-biasa sahaja...Bukan nak timbulkan sebarang isu sensitif atau apa-apa...Cuma, saya hanya menegur, untuk kebaikan kamu dan saya tidak untung apa-apa...Hanya untuk kebaikan kamu semata-mata...


Bila benda besar berlaku, kamu hanya menyalahkan diri sendiri...Saya tidak mahu kamu menyesali atas jalan yang telah kamu pilih...Sebab itu saya sentiasa mengingati kamu...Silalah fahami kenyataan saya dan tolonglah jangan mudah salah anggap membabi buta...Saya cintew kamu...






Sekian untuk madah tentang Mr Cinta...(Nasi lemak tadi dimakan dengan rasa yang amat masin sekali...Huhu...)

Tuesday, September 29, 2009

Selekeh kah???

Hari ini hari Selasa...


Sebotol "Hypnose" nyaris2 habis dek semburan yang amat tak dirancang pagi tadi. Mujur lecture "OTAK" hanya sejam je. Habis je kelas, saya breakfast bersama Mr Cinta, dan segera pulang ke bilik. I pampered myself with a half-an-hour-shower. Perghhh, lega.


Tips mencover diri daripada selekeh sebab terlambat bangun pagi:-


1. Jangan gabra or gelabah bila tengok jam da pukul 8.20pagi, sedangkan kelas start pukul 8.30... Relaks, dan tarik nafas panjang2...


2. Bila Mr Cinta sedang menunggu di bawah blok, sila inform Mr Cinta yang anda mahu ke tandas, t'cirit-birit... Nyatakan terus "Gimme 5 minutes"...


3. Terus gosok gigi dan cuci muka tanpa ragu2... Dan jangan sesekali membelek white head ke, black head ke, jerawat ke, jeragat ke... Sebab Mr Cinta sudah menunggu...


4. Make sure sebarang tahi mata, hidung atau telinga telah di"remove"kan dari wajah anda...


5. Pakai toner, tempek foundation, calit eye-liner, lip gloss jangan lupe... Kalau sempat better pakai maskara sket tuk mencover mata anda yang agak kuyu2 malu itu...


6. Cari baju yang tak perlu bergosok... Cardigan is preferrable tuk disarungkan bersama t-shirt... Make sure t-shirt itu tidak terkoyak di bahagian ketiak atau di mana2... Jeans paling sesuai dipadankan bersama t-shirt dan cardigan...


7. Bagi yang bertudung, pakailah selendang hitam or any warna gelap, dan belit2lah kepala anda itu (senang je nak belit2...)... Selendang warna gelap, kalau xdigosok pun, xkan nampak ke'ronyok'kannya itu... Kalau ada tudung ekin, lebey baik...


8. Teruslah melulu ke arah Mr Cinta dan jangan segan untuk meminta maaf... Mr Cinta pasti faham...


9. Senyum sepanjang hari kerana senyuman akan menambahkan keceriaan... =)


10. Jangan lupa untuk mandi pada hari itu...


p/s : tips ini sesuai dilakukan pada "Pagi Yang Gelap"... Mujur hari ini Hujan di waktu pagi...


Walaupun tips ini nampak macam "seriously, perempuan ni memang selekeh"... but it works... Jangan amalkan selalu sebab nanti bakal mak mentua reject... ^^


Moral pada hari ini : Sila set jam kamu sebelum tidur...