Saturday, November 21, 2009

A description untuk insan bergelar SAHABAT dan TEMAN

Alhamdulillah... Hari ini aku telah menjadualkan diri untuk mengambil benda "maroon" di kedai Boon Sing... Betapa gembira dan happy nya perasaan dalam hati ini, dan hanya Tuhan je yang tahu... Ia merupakan suatu perasaan seperti baru terlepas dari tali gantung... Aku nampak benda "maroon" tuh cam cincin Tiffany, berkilau dan teramat berharga... Sayang sangat-sangat dan tak mahu ia dicemari debu-debu... Benda "maroon", andai kau tahu betapa t'seksanya aku ketika mnyiapkan kau... Betapa gilanya aku ketika terpaksa print berkali-kali... Betapa letihnya aku ketika berulang-alik dari rumah ke Tempat Teknologi... Betapa parahnya poket aku, bila purse semakin menipis... At last, aku dapat gak tengok benda "maroon" ini dengan jayanya...


2 benda "maroon"

Okay... Bukan benda "maroon" ini yang mahu diceritakan, tetapi suatu perkara lain... Perkara yang amat aku rasakan betapa pentingnya dia dalam hidup aku...

Hidup aku diceriakan dengan dua orang sahabat yang amat aku hargai... Tak pernah lagi aku punyai sahabat seperti mereka ini, biarpun kami berbeza jantina... Mungkin kami mempunyai cerita yang sama... Mungkin juga kami amat serasi bila bersama... Semestinya, mereka berdua adalah sahabat aku, orang yang dapat tengok aku menangis dengan natural nya, orang yang dapat aku gunakan bajunya untuk mengesat hingus dan air mata... Terima kasih kerana sentiasa ada di situ untuk aku walaupun kekadang aku agak-agak rabun untuk menge"cam" kamu berdua... Hahaha... Gelak jahat...

Sahabat pertama... a.k.a kawan baik aku... Aku kenal dia ketika semester pertama di Tempat Teknologi... Seorang yang amat misteri tetapi baik hati (walaupun dia selalu cakap dia ni jahat...)... Satu perkara yang aku realized tentang dia adalah dia akan selalu ada kalau aku perlukan khidmat nasihat @ bebelan dia... Seriously, dia akan sentiasa ada... Dia lah orang pertama yang aku akan ajak lepak sekali untuk menghilangkan kebosanan selepas Mr. Cinta... Dan aku banyak ceritakan hal dan masalah aku padanya...

Sahabat kedua... a.k.a Mr. Cinta... Aku rapat dengan dia ketika semester dua... Sangat serasi walaupun sentiasa bertegang urat dan bertikam lidah... Aku selalunya yang akan sentiasa memulakan... Saja, tak best kalau tak bergusti selalu... Kerana ketika itu aku dan dia akan sentiasa bertemu dan secara tak langsung akan mengeratkan silaturrahim kami... Bajettt... Dan satu perkara yang aku realized tentang dia adalah komunikasi kami sangat telus... Apa yang kami tak puas hati, kami akan luahkan dengan transparent nya... Dan itu yang membuatkan hubungan kami bukan sekadar "gewe" tetapi juga sebagai bestfriend...

Berdasarkan description untuk SAHABAT aku, dapat aku concludekan untuk menjadi seorang sahabat wajarnya kita patut selalu dan sentiasa ada untuk dia sepanjang masa (bukan bermaksud kena sentiasa menemani... even single thing kecik pun perlu berteman...), dan sentiasa ada waktu untuk diluangkan bersama... Dan juga seorang sahabat perlulah berkomunikasi dengan telus...(meaning that, not the one yang depan cakap lain and belakang cakap lain...)



And lastly aku juga mahu ceritakan tentang seseorang yang bergelar TEMAN... satu deskripsi yang boleh aku concludekan tentang "TEMAN" itu sendiri adalah seseorang yang "akan sentiasa menemani dan ditemani"... nama pun "TEMAN" kan... so, kalau "salah seorang" tak dapat sentiasa menemani, apakah pula perkataan untuknya??? (walaupun "salah seorang" itu sentiasa ada untuknya, cuma tak dapat menemani selalu je...)

ex-TEMAN-ex-SAHABAT, mungkin dulu kita rapat dan selalu bersama, dan kamu sentiasa menceritakan masalah kepadaku, dan mungkin juga aku selalu menemani dan ditemani dirimu dulu, pernah ku anggap kau sebagai sahabat dan temanku... Namun setelah kuamati kini... Aku tidak lagi mampu untuk sentiasa menemani kamu dan kamu juga sudah tidak tega untuk menceritakan hal kamu kepadaku, dan kamu juga sudah mempunyai seseorang yang lain yang akan sentiasa dapat menemani kamu, dan orang itu bukanlah aku... Kamu juga pernah mengajukan masalahmu kepada seseorang yang lain bahawa kamu sunyi kerana aku sudah ber 'MR CINTA', dan kamu tidak pernah telus mengatakannya kepadaku... Ketahuilah, andainya kamu berada di tempatku, baru kamu tahu betapa seorang sahabat atau teman tidak semestinya selalu perlu berteman... Biarlah cukup rapat dan dekat di hati, itu sudah memadai... Adakah nilai seorang sahabat dan teman itu berdasarkan betapa kerapnya kamu berdua perlu sentiasa bersama??? Cuba dan fahamilah, kamu juga pernah berada ditempatku, dan tidak sedikit pun aku tersinggung dengan sikapmu, kerana aku tahu kamu ketika itu sedang ber'punya'... Tapi mengapa ketika hal itu berlaku padaku, kamu menjauh???


Saturday, November 7, 2009

Psycho from the Past...


am i psycho???i macam dihambat kenangan silam, and i sangat letih berlari...i  used to be the one yg pernah kene buli ngan clique2 mean girls and also used to be in a clique mean girls...(bukan yang membuli tau...just be in the group...)...so, i da rasa camne kena buli, and camne membuli orang (i just tau camne perasaan membuli je ta...bukan i yang membuli k...)...and i sgt stress bile teringat balik benda2 camni...




serius, i sgt2 tak boley lupe ape yg dorang wat kat i...i know waktu sekolah dulu i tak lawa, gelap, agak tak berapa 'berada' cam my classmates, and sangat hampeh speaking english...but still i was in the first class k...(imagine, seorang budak nerd yg sgt selekeh, lagi tak cun, yg sgt tak pandai english dalam kelas tuh...even my english teacher also buli i)...i could feel that k...u all bygkan, satu kelas dapat A, but i sowang je yg dpt 79.5 (B)...dan die takkan pernah bagi aku A...WTF!!!...i sgt2 depressed...i learned english so well...tried to communicate n throw away my previous-dark-life...tried to pamper myself with make-ups...i nak tunjukkan yg i ni takde la sampah cam dowang tengok...

ayat cikgu english yang paling i tak bley lupe...

"u layak ke nak masuk kolej $$$???i won't sign the testi bout u..." - walawey, at least dengan result aku tuh aku layak la!!!yang ko kisah sangat apasal???mak bapak aku leh tanggung...aku tak mintak duit ko pun...sign je la...!!!(sampai skang aku psiko tentang ayat die tuh...)




then bile i kat college, i was the one in the mean girls group...tu pun sebab i da jd cantik sikit berbanding dulu, pandai bergaya (makin dewasa, kite makin jd makin cantik kan...i tak ingat camne i leh lepak ngan dorang nih...)...walaupun my friends ni kejam, i tak bley la tengok dorang buli budak2 lain...sakit hati sangat...sebab i pernah dibuli dulu...so, dalam group tu, i je yg agak baik lembut hati sikit...ikutkan hati, i nak buli dorang balik...tp, sabar je la...


i sematkan dalam hati yg i nak kuar dari group tu...cume kadang2 i ada gak la contact dieorang...and dieorang ni pun sbnrnye gossip gak antara member2 kiteorang...cam hampes jek...cakap belakang2...



a long lost friend of mine is a daughter of ummi's friend...ummi pernah tanya die, "u kenal tak anak aunty, amalena tu??? since u pernah satu sekolah dengan die dulu..."
 
and she answered...
 
"amalena???yang hitam2 and pendek tuh eh...???"
 
wow...!!!ayat gila menusuk kalbu...asal tak jawab...
 
"owh, amalena yang bapak gile selekeh, hingus meleleh tu ke???"
 
bukan takat i jer, ummi pun mesti rase kecik ati...nape nak kena cakap 'hitam'???i t'kenal dengan 'hitam' ke???c'mon gal, u tak ingat ke i was the one yang dapat anugerah pelajar cemerlang tu...and u???...wake up la, at least cari la ayat yang sesuai sikit nak answer my mom kowt...
 
"nope, dear...she was just tanned, not black k...like beyonce, rihanna...", jawab ummi...
 
(sangat prejudis ayat minah itu...) <<< even rite now, i leh dressed up lagi cun melecun kot dari u...and people will look at me, not at u, dear friend yang sgt-tak-pandai-jaga-mulut...so, beware of your words...
 
anyway, diorang (pembuli aku dan member2 aku dulu...) kebanyakkannye end-up jd models, celebrities, and somebodies...but i, i bangga dengan diri i skang...as long as, i tak wat palat kat orang lain...i pun nak bina kerjaya (nak jd glamour gak...personaliti tv ke...)...nak tunjukkan to my friends yg dulu2 tuh and also to my english teacher yg pernah torture i mentally...i da maafkan dieorang...tp tak mungkin i akan lupe ape yg pernah dieorang wat kat i...kepada yg pernah terguris hati dgn i dulu, i'm so sorry k...i tak berniat pun...
  

"tak salah jadi nerd pun...so what???ada berani nak buli aku lagi???"
 
p/s : if u rasa u leh kejam kat orang lain...dun worry, they will kejam back at u...

Friday, November 6, 2009

I Nak Jadi Personaliti TV...I desperately nak GLAMOUR!!!

Testing 1...2...3...

Ehem2...Mic Check...Ok???Set...

Assalamualaikum WBH...Bertemu kembali di kala senja ini...Uwekkk, get real la, Minah...Bajet nak jadi pengacara TV jek...Kamu tuh rendang tak berbuah...Muka agak tak berapa nak selebriti...Ada hati...Piiirahhhhh...


Lawa kennn??? I nak jadi cam dia...

Serious S#!T I memang ada cita-cita nak jadi personaliti TV...I admire gile kat Datin Norjuma, Norfarahin Jamsari, Azizah Ariffin and so on...Dulu time kecik2 I suka sangat bajet cam I ni personaliti TV...Pegang botol air pun I anggap cam pegang mic...Even time sekolah, I sangat suka meng'exposed'kan diri, nak join pidato la, syarahan la, perbahasan la, sajak la, syair la, pantun la...and lalalala...Em, maybe aku sejak kecik dah diasuh untuk menonjolkan diri, walaupun kekadang takut2 malu...But, I got the award for those achievements - "ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM"...Biarlah kalau dapat saguhati pun, aku tetap puas...

Eit...Seingat I la kan, dulu kat TV3 and TV1 ada rancangan kanak-kanak kan...Kelab Kanak-kanak Angkasapuri or Alam Ria Wutsoeva...I pernah masuk TV dulu sebab diaorang buat liputan tentang satu pertandingan state level seingat I...Wah, ummi awal2 lagi hebahkan satu kampung and teman-teman suruh tengok I kat TV...Time tu I agak men'SELEBRITI'kan diri...sebabnya, I received so many phone calls after the show...perghhhhh...Freezed for a while jap...

Tapi itu dulu...dan aku sekarang ni, "macam-ni-je-la-so-tak-payah-expect-lebey2"...hanya lah insan biasa yang hidung tak berapa nak mancung and pipi still ada cheek bones...aku tak exposed apa-apa da sebab i'm nobody...aku sendiri tak tahu ke mana hilangnya sifat berani aku time aku kecik2 dulu...aku da tak nak m'cuba test ability aku...even ummi selalu gak suruh I join ujibakat pengacara TV...tapi, I yang segan...common man, I'm rendang k...They all need those yang tinggi2 stok model, muka lawa walaupun kaku...kena ada pakej...but, I tak de semua tuh...


ke'jawa'an aku terserlah...aku rendang k...sebab tu wat pose 'myspace'...

Serious S#!T again, I memang ada mempunyai cita-cita ke arah itu...I just dun have the complete package plus I agak shy2cat...Huhu...Cita-cita tak kesampaian...

Debush!!!<<< u goreng kerepek lagi...

Anyway, I sangat happy bila ikon Gadis Melayu 2 kat tv9 dimenangi orang selayaknya...Fiqa memang layak berbanding yang lain2...Dia je yang nampak melayu dan gadis...oopppsss...yang lain2 tuh agak tak berapa melayu and nampak sangat cam nak glamour (walhal, I pun nak glemer gak...hahaha)...wahai producer, next time cari yang tulen leh tak...jangan serkup je yang cantik2 tapi tak berapa nak melayu...



FIQA
Nama: Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin

Umur : 20
Asal : Parit Buntar, Perak
Kerjaya : Pelajar IPTA
Keunikan dan Kelebihan Diri: * seorang yang lemah lembut, bijak berkomunikasi, menyimpan cita-cita menjadi ahli biologi dan personaliti tv yang berjaya. << Bakal ahli biologi tuh...support biologi!!!


K la...sampai di sini dulu...I tetap pendamkan cita-cita I nak jadi personaliti TV...Mana la tau one day ada orang berkenan nak amek I wat talk show sendiri ke...hahhaaa... <<< berangan, kunyah kacang...Sila terjun sekarang...
 
p/s : I??? <<< saje gedik nak gune I instead of Saya Wutsoeva...

Thursday, November 5, 2009

Schick or Gillette...???

Today is Thursday...opps...Da masuk Friday rupanya...Em, I went for a movie yesterday...Title : PISAU CUKUR...



rating : 4 setengah over 5

Cerita yg agak best untuk ditengok, menceritakan tentang 2 orang sahabat karib yang ada satu main point je dalam hidup dia - just nak kawin dengan orang kaya. Sangat comel dialog2 perempuan itu (terutamanya fazura) sebab betapa obses nya dia nak kawin ngan orang kaya, apa je yang terkeluar dari mulut dia semuanya mesti ada mentioned designers brands...owh, my Gucci...!!!instead of "owh, my Gosh!!!"...Btw, scene dia nampak cam tak berapa real la cam dalam cruise...(I deduct 0.5 there...)Banyak moral dari story ni walaupun kita tengok cite ni cam "ringan" sangat...
  • Perempuan bukan saja-saja nak kawin dengan orang kaya, it's just if u are able to choose between orang kaya and tak berapa kaya, of course u akan pilih orang kaya...ye tak...
  • Perempuan nak kawin dengan orang kaya because nak hidup anak-anaknya terjamin...again, please apply Natural Selection and Sexual Selection ye dalam hal ni...
  • Perempuan juga nak kawin dengan orang kaya sebab untuk menjamin kehidupan dirinya juga...i guess, bila kaya u akan affordable nak beli macam-macam kan...
Selalunya aku tengok golongan perempuan yang agak-agak mencukur ni datang dari keluarga sederhana dan yang agak kurang mampu...Tapi ada gak kes yang datang dari keluarga kaya...sebab terlalu tamakkan harta...so, mana-mana je ada pisau cukur, including aku...aku ada pisau cukur Venus... =) Aku memang gunakan untuk mencukur bulu kaki...hahaha...

Anyway, sila la tengok cerita yang best ni...cerita yang tak berat and amat sesuai ditonton dalam musim exam ni...(if rasa nak release tension jap, gi la tengok...1jam 45minit je kot...) Apanya advice la aku nih...selamat menonton... =)

Wednesday, November 4, 2009

L.E.P.A.S G.E.R.A.M Ch1 - "Kamu di Tengah dan Saya di Tepi" -

Lepas Geram...Chapter 1




Okay...di waktu pagi ni aku nak confess untuk diri ku sendiri yang aku akan lepaskan segala yang tersimpan dalam diri aku, dalam hati aku, dan dalam hidup aku...Aku dah nekad sebab aku memang tak nak simpan lama-lama sebab ianya akan berkudis dan makin berkurap...Disebabkan aku tersangatlah malas nak pergi cari krim anti-microbial dan anti-fungus, aku akan melepaskan nya di sini, biar ia berlalu bagaikan kentut aku yang lepas-lepas...(ada ke kentut yang masuk balik dalam punggoq pas dilepaskan...???ada unsur busuk di situ...haha, ada aku heran???)

First thing first, tajuknya, kamu di tengah dan aku di tepi...Dalam persahabatan banyak benda yang remeh-temeh kalau disimpan bakal menjadi kurap...Itulah yang berlaku sekarang ni...Asalnya aku memang tak ambil port tentang benda-benda gini tapi bila seorang seseorang yang kadang-kadang memang tak pernah ambil kisah langsung tentang sensitiviti seseorang yang lain ni, memang begini la jadinya...

Pernah tak korang berada dalam situasi di mana korang rapat dengan someone...Kamcing la katakan...Ke mana pergi, pasti berdua...Orang luar tengok macam serasi gila, bagai pinang di belah guna kacip pinang tuh...Tapi masalahnya, bila kamu berdua berada dalam situasi yang kamu sedang berconversation dalam satu group, pinang yang sebelah lagi ni asyik duk blocking kamu je...tak kisah la blocking kamu tuk berbicara ke, blocking kamu nak bermesra-mesra dengan teman-teman dalam group tu ke, or blocking kamu dengan menge'TENGAH'kan dirinya di antara kamu dan rakan kamu di sebelah lantas menyebabkan kamu berada di TEPI sekali, di ceruk penjuru group itu...Kamu mesti tak dapat nak meluahkan sebarang pendapat dalam group tu or nak join conversation itu, ye tak...???Then, apa yang aku nak katakan, itu lah yang berlaku pada aku...Nampak cam gila simple masalah aku tapi aku pressure kalau bertahun-tahun kena camni...

Soalan yang aku nak tujukan pada pinang yang sebelah ni kalau aku diberikan kekuatan (aku pernah suarakan dalam bentuk yg lain, tp dia buat-buat tak faham...)...APA MOTIF KAMU MENGETENGAHKAN DIRI KAMU DI ANTARA AKU DENGAN YANG LAIN-LAIN...???

  1. Sebab kamu amat cemburu bila aku mula berbicara, dan mula mendapat perhatian, dan takut kamu dipinggirkan...


  2. Kamu berasa terancam bila orang lain memberikan respons kepada statement aku dan kamu ketika itu tidak mempunyai sebarang idea nak diutarakan...


  3. Kamu memang mahukan glamour dan nak tunjukkan kat aku dan orang-orang di luar yang kamu ni sangat peramah, sangat banyak kawan, dan sangat mudah didampingi...


  4. Kamu memang begitu...takut duduk di tepi...dan memang akan pilih bahagian tengah je...(risau orang cakap yang kamu ni kera sumbang ke, ape ke...)

Emmm...Pilihan jawapan ada empat...Dan keempat-empatnya ada persamaan...Kamu sememangnya mahu menunjukkan yang kamu lebih superior dari aku dan yang lain-lainnya...Aku memang tak kisah kalau sekali-sekala but if setiap masa, aku memang tak tahan dah...Apa gunanya kalau kamu berbicara dengan membelakangkan orang lain...Lagi parah lepas kamu mengeTEPIkan dia, kamu cilok pulak idea dia...(Dia dok tepi, so of course la orang lain tak dengar ape-apa statement dia, then kamu yang dengar pulak meluahkan statement dia seolah-olah itu idea kamu...)

Sometimes, seorang sahabat kena peka dengan benda-benda camni...Mungkin kita tak rasa apa-apa tapi di pihak sahabat kita, dia amat terasa ke...Siapa tahu kan...Tu namanya selfish kan...???So, buang yang keruh ambil yang jernih...Rugi je buat camtu sebab andai kita bangkit dengan menjatuhkan rakan sendiri, orang lain juga tak mustahil akan buat begitu pada kita...

Renung-renungkan, dan selamat beramal... <-ada kaitan ke?Selalu dengar ayat ni kat Panas.Fm...

Tuesday, November 3, 2009

That's why la kamu adalah LELAKI...

Hari ini hari Selasa...Dan saya menghabiskan masa melepet di katil yang amat empuk...Seriously, saya memang dah nekad nak start study ILMU OTAK selepas habis paper TABIAT BINATANG tapi kemalasan bermaharajalela dengan lelanya (ape jenis ayat nih??)...So, saya decide nak bangun pagi-pagi pada hari ini...Jam sudah di'set' pukul 6.00 pagi...


Tet...Tet...Tet...


Saya bangun dengan cerianya, dan rupa-rupanya sudah pukul 10.00 pagi...Fine, konon je aku nih...Laptop sudah sedia terbuka, dengan game yang saya 'pause' dari malam tadi...Main kejap...(Kejap konon)...Padahal 4 jam redah main game...









Inilah tabiat saya or maybe kawan-kawan saya juga...Pantang ada benda 'lagha' kat depan mata, pasti tak hengat dunia...And saya wonder kenapalah ada game-game yang amat best dimain ketika ini...And kenapalah saya boleh beli game time-time macam ni...Cam hampeh tul aku nih...<- kerepek tuk diri sendiri...




Okay...stop goreng kerepek...




" Soalan : Kenapakah kamu teramat sensitif atas benda-benda kecik...kenapakah kamu ni ego sangat nak dengar kata-kata wanita kecil ini...?




Jawapan : Sebab kamu adalah lelaki..."




Soalan kat atas bukan nak menunjukkan saya ni seksis ke ape ke...It's just an opinion from random observations...Saya terasa dan amat terasa bila sebarang kenyataan saya disalah ertikan oleh Mr Cinta...Bukan saya mahu condemn kamu dan bukan saya mahu pertikaikan minat kamu...Saya cuma berkata-kata kata-kata yang biasa-biasa sahaja...Bukan nak timbulkan sebarang isu sensitif atau apa-apa...Cuma, saya hanya menegur, untuk kebaikan kamu dan saya tidak untung apa-apa...Hanya untuk kebaikan kamu semata-mata...


Bila benda besar berlaku, kamu hanya menyalahkan diri sendiri...Saya tidak mahu kamu menyesali atas jalan yang telah kamu pilih...Sebab itu saya sentiasa mengingati kamu...Silalah fahami kenyataan saya dan tolonglah jangan mudah salah anggap membabi buta...Saya cintew kamu...






Sekian untuk madah tentang Mr Cinta...(Nasi lemak tadi dimakan dengan rasa yang amat masin sekali...Huhu...)