Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Saturday, November 21, 2009

A description untuk insan bergelar SAHABAT dan TEMAN

Alhamdulillah... Hari ini aku telah menjadualkan diri untuk mengambil benda "maroon" di kedai Boon Sing... Betapa gembira dan happy nya perasaan dalam hati ini, dan hanya Tuhan je yang tahu... Ia merupakan suatu perasaan seperti baru terlepas dari tali gantung... Aku nampak benda "maroon" tuh cam cincin Tiffany, berkilau dan teramat berharga... Sayang sangat-sangat dan tak mahu ia dicemari debu-debu... Benda "maroon", andai kau tahu betapa t'seksanya aku ketika mnyiapkan kau... Betapa gilanya aku ketika terpaksa print berkali-kali... Betapa letihnya aku ketika berulang-alik dari rumah ke Tempat Teknologi... Betapa parahnya poket aku, bila purse semakin menipis... At last, aku dapat gak tengok benda "maroon" ini dengan jayanya...


2 benda "maroon"

Okay... Bukan benda "maroon" ini yang mahu diceritakan, tetapi suatu perkara lain... Perkara yang amat aku rasakan betapa pentingnya dia dalam hidup aku...

Hidup aku diceriakan dengan dua orang sahabat yang amat aku hargai... Tak pernah lagi aku punyai sahabat seperti mereka ini, biarpun kami berbeza jantina... Mungkin kami mempunyai cerita yang sama... Mungkin juga kami amat serasi bila bersama... Semestinya, mereka berdua adalah sahabat aku, orang yang dapat tengok aku menangis dengan natural nya, orang yang dapat aku gunakan bajunya untuk mengesat hingus dan air mata... Terima kasih kerana sentiasa ada di situ untuk aku walaupun kekadang aku agak-agak rabun untuk menge"cam" kamu berdua... Hahaha... Gelak jahat...

Sahabat pertama... a.k.a kawan baik aku... Aku kenal dia ketika semester pertama di Tempat Teknologi... Seorang yang amat misteri tetapi baik hati (walaupun dia selalu cakap dia ni jahat...)... Satu perkara yang aku realized tentang dia adalah dia akan selalu ada kalau aku perlukan khidmat nasihat @ bebelan dia... Seriously, dia akan sentiasa ada... Dia lah orang pertama yang aku akan ajak lepak sekali untuk menghilangkan kebosanan selepas Mr. Cinta... Dan aku banyak ceritakan hal dan masalah aku padanya...

Sahabat kedua... a.k.a Mr. Cinta... Aku rapat dengan dia ketika semester dua... Sangat serasi walaupun sentiasa bertegang urat dan bertikam lidah... Aku selalunya yang akan sentiasa memulakan... Saja, tak best kalau tak bergusti selalu... Kerana ketika itu aku dan dia akan sentiasa bertemu dan secara tak langsung akan mengeratkan silaturrahim kami... Bajettt... Dan satu perkara yang aku realized tentang dia adalah komunikasi kami sangat telus... Apa yang kami tak puas hati, kami akan luahkan dengan transparent nya... Dan itu yang membuatkan hubungan kami bukan sekadar "gewe" tetapi juga sebagai bestfriend...

Berdasarkan description untuk SAHABAT aku, dapat aku concludekan untuk menjadi seorang sahabat wajarnya kita patut selalu dan sentiasa ada untuk dia sepanjang masa (bukan bermaksud kena sentiasa menemani... even single thing kecik pun perlu berteman...), dan sentiasa ada waktu untuk diluangkan bersama... Dan juga seorang sahabat perlulah berkomunikasi dengan telus...(meaning that, not the one yang depan cakap lain and belakang cakap lain...)



And lastly aku juga mahu ceritakan tentang seseorang yang bergelar TEMAN... satu deskripsi yang boleh aku concludekan tentang "TEMAN" itu sendiri adalah seseorang yang "akan sentiasa menemani dan ditemani"... nama pun "TEMAN" kan... so, kalau "salah seorang" tak dapat sentiasa menemani, apakah pula perkataan untuknya??? (walaupun "salah seorang" itu sentiasa ada untuknya, cuma tak dapat menemani selalu je...)

ex-TEMAN-ex-SAHABAT, mungkin dulu kita rapat dan selalu bersama, dan kamu sentiasa menceritakan masalah kepadaku, dan mungkin juga aku selalu menemani dan ditemani dirimu dulu, pernah ku anggap kau sebagai sahabat dan temanku... Namun setelah kuamati kini... Aku tidak lagi mampu untuk sentiasa menemani kamu dan kamu juga sudah tidak tega untuk menceritakan hal kamu kepadaku, dan kamu juga sudah mempunyai seseorang yang lain yang akan sentiasa dapat menemani kamu, dan orang itu bukanlah aku... Kamu juga pernah mengajukan masalahmu kepada seseorang yang lain bahawa kamu sunyi kerana aku sudah ber 'MR CINTA', dan kamu tidak pernah telus mengatakannya kepadaku... Ketahuilah, andainya kamu berada di tempatku, baru kamu tahu betapa seorang sahabat atau teman tidak semestinya selalu perlu berteman... Biarlah cukup rapat dan dekat di hati, itu sudah memadai... Adakah nilai seorang sahabat dan teman itu berdasarkan betapa kerapnya kamu berdua perlu sentiasa bersama??? Cuba dan fahamilah, kamu juga pernah berada ditempatku, dan tidak sedikit pun aku tersinggung dengan sikapmu, kerana aku tahu kamu ketika itu sedang ber'punya'... Tapi mengapa ketika hal itu berlaku padaku, kamu menjauh???


Saturday, November 7, 2009

Psycho from the Past...


am i psycho???i macam dihambat kenangan silam, and i sangat letih berlari...i  used to be the one yg pernah kene buli ngan clique2 mean girls and also used to be in a clique mean girls...(bukan yang membuli tau...just be in the group...)...so, i da rasa camne kena buli, and camne membuli orang (i just tau camne perasaan membuli je ta...bukan i yang membuli k...)...and i sgt stress bile teringat balik benda2 camni...




serius, i sgt2 tak boley lupe ape yg dorang wat kat i...i know waktu sekolah dulu i tak lawa, gelap, agak tak berapa 'berada' cam my classmates, and sangat hampeh speaking english...but still i was in the first class k...(imagine, seorang budak nerd yg sgt selekeh, lagi tak cun, yg sgt tak pandai english dalam kelas tuh...even my english teacher also buli i)...i could feel that k...u all bygkan, satu kelas dapat A, but i sowang je yg dpt 79.5 (B)...dan die takkan pernah bagi aku A...WTF!!!...i sgt2 depressed...i learned english so well...tried to communicate n throw away my previous-dark-life...tried to pamper myself with make-ups...i nak tunjukkan yg i ni takde la sampah cam dowang tengok...

ayat cikgu english yang paling i tak bley lupe...

"u layak ke nak masuk kolej $$$???i won't sign the testi bout u..." - walawey, at least dengan result aku tuh aku layak la!!!yang ko kisah sangat apasal???mak bapak aku leh tanggung...aku tak mintak duit ko pun...sign je la...!!!(sampai skang aku psiko tentang ayat die tuh...)




then bile i kat college, i was the one in the mean girls group...tu pun sebab i da jd cantik sikit berbanding dulu, pandai bergaya (makin dewasa, kite makin jd makin cantik kan...i tak ingat camne i leh lepak ngan dorang nih...)...walaupun my friends ni kejam, i tak bley la tengok dorang buli budak2 lain...sakit hati sangat...sebab i pernah dibuli dulu...so, dalam group tu, i je yg agak baik lembut hati sikit...ikutkan hati, i nak buli dorang balik...tp, sabar je la...


i sematkan dalam hati yg i nak kuar dari group tu...cume kadang2 i ada gak la contact dieorang...and dieorang ni pun sbnrnye gossip gak antara member2 kiteorang...cam hampes jek...cakap belakang2...



a long lost friend of mine is a daughter of ummi's friend...ummi pernah tanya die, "u kenal tak anak aunty, amalena tu??? since u pernah satu sekolah dengan die dulu..."
 
and she answered...
 
"amalena???yang hitam2 and pendek tuh eh...???"
 
wow...!!!ayat gila menusuk kalbu...asal tak jawab...
 
"owh, amalena yang bapak gile selekeh, hingus meleleh tu ke???"
 
bukan takat i jer, ummi pun mesti rase kecik ati...nape nak kena cakap 'hitam'???i t'kenal dengan 'hitam' ke???c'mon gal, u tak ingat ke i was the one yang dapat anugerah pelajar cemerlang tu...and u???...wake up la, at least cari la ayat yang sesuai sikit nak answer my mom kowt...
 
"nope, dear...she was just tanned, not black k...like beyonce, rihanna...", jawab ummi...
 
(sangat prejudis ayat minah itu...) <<< even rite now, i leh dressed up lagi cun melecun kot dari u...and people will look at me, not at u, dear friend yang sgt-tak-pandai-jaga-mulut...so, beware of your words...
 
anyway, diorang (pembuli aku dan member2 aku dulu...) kebanyakkannye end-up jd models, celebrities, and somebodies...but i, i bangga dengan diri i skang...as long as, i tak wat palat kat orang lain...i pun nak bina kerjaya (nak jd glamour gak...personaliti tv ke...)...nak tunjukkan to my friends yg dulu2 tuh and also to my english teacher yg pernah torture i mentally...i da maafkan dieorang...tp tak mungkin i akan lupe ape yg pernah dieorang wat kat i...kepada yg pernah terguris hati dgn i dulu, i'm so sorry k...i tak berniat pun...
  

"tak salah jadi nerd pun...so what???ada berani nak buli aku lagi???"
 
p/s : if u rasa u leh kejam kat orang lain...dun worry, they will kejam back at u...

Wednesday, November 4, 2009

L.E.P.A.S G.E.R.A.M Ch1 - "Kamu di Tengah dan Saya di Tepi" -

Lepas Geram...Chapter 1




Okay...di waktu pagi ni aku nak confess untuk diri ku sendiri yang aku akan lepaskan segala yang tersimpan dalam diri aku, dalam hati aku, dan dalam hidup aku...Aku dah nekad sebab aku memang tak nak simpan lama-lama sebab ianya akan berkudis dan makin berkurap...Disebabkan aku tersangatlah malas nak pergi cari krim anti-microbial dan anti-fungus, aku akan melepaskan nya di sini, biar ia berlalu bagaikan kentut aku yang lepas-lepas...(ada ke kentut yang masuk balik dalam punggoq pas dilepaskan...???ada unsur busuk di situ...haha, ada aku heran???)

First thing first, tajuknya, kamu di tengah dan aku di tepi...Dalam persahabatan banyak benda yang remeh-temeh kalau disimpan bakal menjadi kurap...Itulah yang berlaku sekarang ni...Asalnya aku memang tak ambil port tentang benda-benda gini tapi bila seorang seseorang yang kadang-kadang memang tak pernah ambil kisah langsung tentang sensitiviti seseorang yang lain ni, memang begini la jadinya...

Pernah tak korang berada dalam situasi di mana korang rapat dengan someone...Kamcing la katakan...Ke mana pergi, pasti berdua...Orang luar tengok macam serasi gila, bagai pinang di belah guna kacip pinang tuh...Tapi masalahnya, bila kamu berdua berada dalam situasi yang kamu sedang berconversation dalam satu group, pinang yang sebelah lagi ni asyik duk blocking kamu je...tak kisah la blocking kamu tuk berbicara ke, blocking kamu nak bermesra-mesra dengan teman-teman dalam group tu ke, or blocking kamu dengan menge'TENGAH'kan dirinya di antara kamu dan rakan kamu di sebelah lantas menyebabkan kamu berada di TEPI sekali, di ceruk penjuru group itu...Kamu mesti tak dapat nak meluahkan sebarang pendapat dalam group tu or nak join conversation itu, ye tak...???Then, apa yang aku nak katakan, itu lah yang berlaku pada aku...Nampak cam gila simple masalah aku tapi aku pressure kalau bertahun-tahun kena camni...

Soalan yang aku nak tujukan pada pinang yang sebelah ni kalau aku diberikan kekuatan (aku pernah suarakan dalam bentuk yg lain, tp dia buat-buat tak faham...)...APA MOTIF KAMU MENGETENGAHKAN DIRI KAMU DI ANTARA AKU DENGAN YANG LAIN-LAIN...???

  1. Sebab kamu amat cemburu bila aku mula berbicara, dan mula mendapat perhatian, dan takut kamu dipinggirkan...


  2. Kamu berasa terancam bila orang lain memberikan respons kepada statement aku dan kamu ketika itu tidak mempunyai sebarang idea nak diutarakan...


  3. Kamu memang mahukan glamour dan nak tunjukkan kat aku dan orang-orang di luar yang kamu ni sangat peramah, sangat banyak kawan, dan sangat mudah didampingi...


  4. Kamu memang begitu...takut duduk di tepi...dan memang akan pilih bahagian tengah je...(risau orang cakap yang kamu ni kera sumbang ke, ape ke...)

Emmm...Pilihan jawapan ada empat...Dan keempat-empatnya ada persamaan...Kamu sememangnya mahu menunjukkan yang kamu lebih superior dari aku dan yang lain-lainnya...Aku memang tak kisah kalau sekali-sekala but if setiap masa, aku memang tak tahan dah...Apa gunanya kalau kamu berbicara dengan membelakangkan orang lain...Lagi parah lepas kamu mengeTEPIkan dia, kamu cilok pulak idea dia...(Dia dok tepi, so of course la orang lain tak dengar ape-apa statement dia, then kamu yang dengar pulak meluahkan statement dia seolah-olah itu idea kamu...)

Sometimes, seorang sahabat kena peka dengan benda-benda camni...Mungkin kita tak rasa apa-apa tapi di pihak sahabat kita, dia amat terasa ke...Siapa tahu kan...Tu namanya selfish kan...???So, buang yang keruh ambil yang jernih...Rugi je buat camtu sebab andai kita bangkit dengan menjatuhkan rakan sendiri, orang lain juga tak mustahil akan buat begitu pada kita...

Renung-renungkan, dan selamat beramal... <-ada kaitan ke?Selalu dengar ayat ni kat Panas.Fm...