Lepas Geram...Chapter 1
Okay...di waktu pagi ni aku nak confess untuk diri ku sendiri yang aku akan lepaskan segala yang tersimpan dalam diri aku, dalam hati aku, dan dalam hidup aku...Aku dah nekad sebab aku memang tak nak simpan lama-lama sebab ianya akan berkudis dan makin berkurap...Disebabkan aku tersangatlah malas nak pergi cari krim anti-microbial dan anti-fungus, aku akan melepaskan nya di sini, biar ia berlalu bagaikan kentut aku yang lepas-lepas...(ada ke kentut yang masuk balik dalam punggoq pas dilepaskan...???ada unsur busuk di situ...haha, ada aku heran???)
First thing first, tajuknya, kamu di tengah dan aku di tepi...Dalam persahabatan banyak benda yang remeh-temeh kalau disimpan bakal menjadi kurap...Itulah yang berlaku sekarang ni...Asalnya aku memang tak ambil port tentang benda-benda gini tapi bila seorang seseorang yang kadang-kadang memang tak pernah ambil kisah langsung tentang sensitiviti seseorang yang lain ni, memang begini la jadinya...
Pernah tak korang berada dalam situasi di mana korang rapat dengan someone...Kamcing la katakan...Ke mana pergi, pasti berdua...Orang luar tengok macam serasi gila, bagai pinang di belah guna kacip pinang tuh...Tapi masalahnya, bila kamu berdua berada dalam situasi yang kamu sedang berconversation dalam satu group, pinang yang sebelah lagi ni asyik duk blocking kamu je...tak kisah la blocking kamu tuk berbicara ke, blocking kamu nak bermesra-mesra dengan teman-teman dalam group tu ke, or blocking kamu dengan menge'TENGAH'kan dirinya di antara kamu dan rakan kamu di sebelah lantas menyebabkan kamu berada di TEPI sekali, di ceruk penjuru group itu...Kamu mesti tak dapat nak meluahkan sebarang pendapat dalam group tu or nak join conversation itu, ye tak...???Then, apa yang aku nak katakan, itu lah yang berlaku pada aku...Nampak cam gila simple masalah aku tapi aku pressure kalau bertahun-tahun kena camni...
Soalan yang aku nak tujukan pada pinang yang sebelah ni kalau aku diberikan kekuatan (aku pernah suarakan dalam bentuk yg lain, tp dia buat-buat tak faham...)...APA MOTIF KAMU MENGETENGAHKAN DIRI KAMU DI ANTARA AKU DENGAN YANG LAIN-LAIN...???
Sebab kamu amat cemburu bila aku mula berbicara, dan mula mendapat perhatian, dan takut kamu dipinggirkan...
Kamu berasa terancam bila orang lain memberikan respons kepada statement aku dan kamu ketika itu tidak mempunyai sebarang idea nak diutarakan...
Kamu memang mahukan glamour dan nak tunjukkan kat aku dan orang-orang di luar yang kamu ni sangat peramah, sangat banyak kawan, dan sangat mudah didampingi...
Kamu memang begitu...takut duduk di tepi...dan memang akan pilih bahagian tengah je...(risau orang cakap yang kamu ni kera sumbang ke, ape ke...)
Emmm...Pilihan jawapan ada empat...Dan keempat-empatnya ada persamaan...Kamu sememangnya mahu menunjukkan yang kamu lebih superior dari aku dan yang lain-lainnya...Aku memang tak kisah kalau sekali-sekala but if setiap masa, aku memang tak tahan dah...Apa gunanya kalau kamu berbicara dengan membelakangkan orang lain...Lagi parah lepas kamu mengeTEPIkan dia, kamu cilok pulak idea dia...(Dia dok tepi, so of course la orang lain tak dengar ape-apa statement dia, then kamu yang dengar pulak meluahkan statement dia seolah-olah itu idea kamu...)
Sometimes, seorang sahabat kena peka dengan benda-benda camni...Mungkin kita tak rasa apa-apa tapi di pihak sahabat kita, dia amat terasa ke...Siapa tahu kan...Tu namanya selfish kan...???So, buang yang keruh ambil yang jernih...Rugi je buat camtu sebab andai kita bangkit dengan menjatuhkan rakan sendiri, orang lain juga tak mustahil akan buat begitu pada kita...
Renung-renungkan, dan selamat beramal... <-ada kaitan ke?Selalu dengar ayat ni kat Panas.Fm...
1 comments:
Aku mcam pnah bgtau nih kat sape ntah, tp dh lupa..
"dlm dunia ada sejenis manusia yg pikir dia lebih bagus dr org lain smpai dia mampu memijak kpala org lain..."
So, please be extensionally careful in choosing friends, esp yg BESt one!!
Post a Comment