Alhamdulillah... Hari ini aku telah menjadualkan diri untuk mengambil benda "maroon" di kedai Boon Sing... Betapa gembira dan happy nya perasaan dalam hati ini, dan hanya Tuhan je yang tahu... Ia merupakan suatu perasaan seperti baru terlepas dari tali gantung... Aku nampak benda "maroon" tuh cam cincin Tiffany, berkilau dan teramat berharga... Sayang sangat-sangat dan tak mahu ia dicemari debu-debu... Benda "maroon", andai kau tahu betapa t'seksanya aku ketika mnyiapkan kau... Betapa gilanya aku ketika terpaksa print berkali-kali... Betapa letihnya aku ketika berulang-alik dari rumah ke Tempat Teknologi... Betapa parahnya poket aku, bila purse semakin menipis... At last, aku dapat gak tengok benda "maroon" ini dengan jayanya...
2 benda "maroon"
Okay... Bukan benda "maroon" ini yang mahu diceritakan, tetapi suatu perkara lain... Perkara yang amat aku rasakan betapa pentingnya dia dalam hidup aku...
Hidup aku diceriakan dengan dua orang sahabat yang amat aku hargai... Tak pernah lagi aku punyai sahabat seperti mereka ini, biarpun kami berbeza jantina... Mungkin kami mempunyai cerita yang sama... Mungkin juga kami amat serasi bila bersama... Semestinya, mereka berdua adalah sahabat aku, orang yang dapat tengok aku menangis dengan natural nya, orang yang dapat aku gunakan bajunya untuk mengesat hingus dan air mata... Terima kasih kerana sentiasa ada di situ untuk aku walaupun kekadang aku agak-agak rabun untuk menge"cam" kamu berdua... Hahaha... Gelak jahat...
Sahabat pertama... a.k.a kawan baik aku... Aku kenal dia ketika semester pertama di Tempat Teknologi... Seorang yang amat misteri tetapi baik hati (walaupun dia selalu cakap dia ni jahat...)... Satu perkara yang aku realized tentang dia adalah dia akan selalu ada kalau aku perlukan khidmat nasihat @ bebelan dia... Seriously, dia akan sentiasa ada... Dia lah orang pertama yang aku akan ajak lepak sekali untuk menghilangkan kebosanan selepas Mr. Cinta... Dan aku banyak ceritakan hal dan masalah aku padanya...
Sahabat kedua... a.k.a Mr. Cinta... Aku rapat dengan dia ketika semester dua... Sangat serasi walaupun sentiasa bertegang urat dan bertikam lidah... Aku selalunya yang akan sentiasa memulakan... Saja, tak best kalau tak bergusti selalu... Kerana ketika itu aku dan dia akan sentiasa bertemu dan secara tak langsung akan mengeratkan silaturrahim kami... Bajettt... Dan satu perkara yang aku realized tentang dia adalah komunikasi kami sangat telus... Apa yang kami tak puas hati, kami akan luahkan dengan transparent nya... Dan itu yang membuatkan hubungan kami bukan sekadar "gewe" tetapi juga sebagai bestfriend...
Berdasarkan description untuk SAHABAT aku, dapat aku concludekan untuk menjadi seorang sahabat wajarnya kita patut selalu dan sentiasa ada untuk dia sepanjang masa (bukan bermaksud kena sentiasa menemani... even single thing kecik pun perlu berteman...), dan sentiasa ada waktu untuk diluangkan bersama... Dan juga seorang sahabat perlulah berkomunikasi dengan telus...(meaning that, not the one yang depan cakap lain and belakang cakap lain...)
And lastly aku juga mahu ceritakan tentang seseorang yang bergelar TEMAN... satu deskripsi yang boleh aku concludekan tentang "TEMAN" itu sendiri adalah seseorang yang "akan sentiasa menemani dan ditemani"... nama pun "TEMAN" kan... so, kalau "salah seorang" tak dapat sentiasa menemani, apakah pula perkataan untuknya??? (walaupun "salah seorang" itu sentiasa ada untuknya, cuma tak dapat menemani selalu je...)
ex-TEMAN-ex-SAHABAT, mungkin dulu kita rapat dan selalu bersama, dan kamu sentiasa menceritakan masalah kepadaku, dan mungkin juga aku selalu menemani dan ditemani dirimu dulu, pernah ku anggap kau sebagai sahabat dan temanku... Namun setelah kuamati kini... Aku tidak lagi mampu untuk sentiasa menemani kamu dan kamu juga sudah tidak tega untuk menceritakan hal kamu kepadaku, dan kamu juga sudah mempunyai seseorang yang lain yang akan sentiasa dapat menemani kamu, dan orang itu bukanlah aku... Kamu juga pernah mengajukan masalahmu kepada seseorang yang lain bahawa kamu sunyi kerana aku sudah ber 'MR CINTA', dan kamu tidak pernah telus mengatakannya kepadaku... Ketahuilah, andainya kamu berada di tempatku, baru kamu tahu betapa seorang sahabat atau teman tidak semestinya selalu perlu berteman... Biarlah cukup rapat dan dekat di hati, itu sudah memadai... Adakah nilai seorang sahabat dan teman itu berdasarkan betapa kerapnya kamu berdua perlu sentiasa bersama??? Cuba dan fahamilah, kamu juga pernah berada ditempatku, dan tidak sedikit pun aku tersinggung dengan sikapmu, kerana aku tahu kamu ketika itu sedang ber'punya'... Tapi mengapa ketika hal itu berlaku padaku, kamu menjauh???
1 comments:
it was very frustrating bile ada 'kawan' yg dah tak jadi 'kawan'..
Kita kena ingat, ade stgh org kt dunia nih pandang kwan mcam baju je...
pakai bila nak, buang bile dh takde fungsi..
org gini slalunye dlm facebook dia ade 500++ friends tp yg btol2 kwan dgn dia hanya 20++ je..
tu pon sbb kawan skola...
whaahaha (ape aku merepek nih??)
Post a Comment